cinta adalah fitrah hati
lahir tanpa diminta dan dipaksa
namun tuhan sentiasa menguji
apakah cinta itu suci atau sebaliknya
cintailah yang di hati
itu cinta hakiki dan murni
jangan cinta hanya pada nafsu
itu cinta yang palsu dan melulu
betapa bahagia cintakan tuhan
bagaai bunga yang mewangi kehidupan
tiada waktu dan jarak yang memisahkan
kembara rasa tidak bernoktah
betapa derita korban percintaan
bila nafsu menjadi taruhan
jiwa gelisah bila terpisah
asyik bertemu jiwa bertamu
cintailah sesiapa sahaja
asal wadahnya cinta Allah
hati tidak akan resah
jiwa tidak akan gelisah
jauh terhubung rindu
dekat terikat padu..

No comments:
Post a Comment