Kini ku merasai cinta dan kasih sayang Allah, lebih berharga dan manis
daripada segala-galanya. 'Kehilangan' itu rupanya aku lalui supaya aku
merasai satu 'pertemuan' yang hakiki iaitu dengan Allah. Allah mahu
mengujiku dengan menjauhkan ku dengan orang yang ku sayangi, kerana
Allah mahu diriku dekat dengannya.
Seandainya kesedihan yang teramat sangat ini membuatkan ku rindu
untuk bertemu denganNya, aku redha dan pasrah kerana Allah lebih ku
cintai lebih daripada segala yang ada di langit dan di bumi.
Aku juga yakin, semua ini pasti berakhir kerana ku yakin yang 'dia'
sedang menungguku dan pasti menjemputku pada suatu saat nanti.
Walau bukan di dunia yang fana ini, insya-Allah, dengan berkat
kesabaran, pasti di syurga nanti bersatu juga. Andai sudah ditakdirkan
jodoh dengan dia, tiada apa yang dapat mengubahnya kerana Allah Maha
Berkuasa. Hanya dengan sedikit kesabaran dan doa yang tidak putus, Allah
pasti membalasnya dengan kebahagiaan yang lebih bermakna.
Allah mengajar diriku erti KESABARAN yang selama ini aku tidak berapa fahami. Memang betul, kesabaran mengajar erti hidup.
Aku yakin dengan Allah SWT. Moga Allah permudahkan segala urusan.
Cinta yang ikhlas dan abadi memang sukar untuk dimiliki kerana ia hanya
layak untuk orang yang bersabar dan berserah diri kepada Allah. Moga
diriku tergolong dalam kalangan orang yang sabar.

No comments:
Post a Comment